Pemakluman keputusan permohonan PerantiSiswa boleh disemak mulai 29 Ogos 2022 melalui https://perantisiswa.kkmm.gov.my. Proses kelulusan adalah secara berperingkat dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Permohonan PerantiSiswa masih dibuka sehingga 30 September 2022. Terima kasih.
Inisiatif ini bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti.
Inisiatif ini membuktikan keprihatinan Kerajaan yang cakna dengan keperluan pembelajaran terutamanya bagi golongan B40 bagi membentuk komuniti digital serta merapatkan jurang digital antara semua kelompok.
Kementerian Komunikasi Dan Digital
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya, Malaysia.
03-8911 5351
Hak Cipta Terpelihara 2023 © Kementerian Komunikasi Dan Digital (S4)