Terma & Syarat

TERMA & SYARAT PERMOHONAN PERANTISISWA

  1. Pemberian satu (1) unit peranti untuk pemohon yang memenuhi syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
    3. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Asasi, Diploma, Diploma Vokasional Malaysia, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia;
    4. Pelajar Tingkatan Enam (STPM) di bawah KPM (2 semester);
    5. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
    6. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
    7. Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
  2. Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
  3. Peranti yang dberikan ini akan menjadi hak milik pelajar secara terus. Hal ini bermaksud, pelajar tidak perlu memulangkan semula peranti apabila sudah tamat pengajian.
  4. Penerima peranti perlu melaporkan sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
  5. Penerima peranti bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima dan tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak.
  6. Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau mengalami sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
  7. Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
  8. Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
  9. Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
  10. Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Kemaskini Pada:
5 September 2022
7.00 petang

Portal PerantiSiswa

Hubungi Kami

Kementerian Komunikasi Dan Digital
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya, Malaysia.

helpdesk.upps[at]kkd.gov.my

03-8911 5351

Ikut Kami

Hak Cipta Terpelihara 2023 © Kementerian Komunikasi Dan Digital (P4)